Powered By Blogger

Monday 7 April 2014

PAS ANGGAP UMNO PERSENDA SELAWAT NABI........

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu ucapannya di Pekan Kupang, Baling Kedah, Sabtu lepas menyelar tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan Program Malam Cinta Rasul yang berlangsung di Baling pada 04 April lepas dengan menyifatkan program tersebut adalah sia-sia jika kerajaan Umno tidak ikhlas dalam menganjurkan program tersebut.
Beliau menegaskan bahawa PAS lebih prihatin serta lebih komited kepada kebajikan rakyat dan bukannya menganjurkan program agama semata-mata jika hendak dibandingkan dengan UMNO.


''PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam'' ujarnya. Beliau juga berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.
 

Menurut beliau lagi, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian. "PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini''.
"Ada orang ada masa sayang nabi, sayang nabi; masa rasuah - rasuah, masa umrah - umrah.''


"Alhamdulillah bagus selawat. Selawat menandakan kasih kepada nabi. Sayang pada Nabi Muhammad. Sayang pada nabi bukan sahaja berselawat termasuk berjuang cara nabi.
"Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat


"Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi," kata beliau di hadapan penyokongnya.

 -UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment