Powered By Blogger

Friday, 18 April 2014

CATUAN AIR DI SELANGOR SAMPAI BILA AKAN BERAKHIR???

Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 17 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menarik balik arahan catuan bekalan air bersih yang dikenakan kepada pengguna di negeri itu termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sebaliknya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, catuan tersebut akan diteruskan memandangkan paras air di semua empangan didapati masih belum cukup untuk membolehkan tindakan sedemikian dilakukan.

"Kerajaan negeri tidak boleh tarik balik catuan sekarang. Ini ke-rana langkah itu akan menyebabkan kesan lebih buruk iaitu air empangan akan turun lagi cepat," katanya pada sidang Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Mohd. Shamsudin Lias (BN-Sungai Burung) mengemukakan usul menggesa kerajaan negeri supaya menghentikan catuan air yang sedang dihadapi rakyat Selangor.

Bagaimanapun, usul tersebut ditolak majoriti ahli dewan.

Tambah Abdul Khalid, catuan bekalan air dilakukan secara berperingkat-peringkat yang mana tindakan itu dibuat melibatkan perbincangan di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau pada Isnin ini bagi mencari pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah air.

"Jika pembenihan awan tidak berjaya, langkah seterusnya adalah membuka kolam sedia ada sampai ke peringkat kecemasan. Kemudian barulah kita teliti air bawah tanah atau kolam rawatan," katanya.

No comments:

Post a Comment