Powered By Blogger

Wednesday 8 June 2016

POLITIK MASA KINI... FAKTA ATAU AUTA

» POLITIK » #PRKSgBesar: DAP Mengaku Buat Papan Iklan "Cina Babi" #PRKSgBesar: DAP Mengaku Buat Papan Iklan "Cina Babi" Papan iklan yang menempelak BN dan PAS di Sekinchan telah dibuat dan dinaikkan oleh DAP , akui pengerusi parti itu bagi negeri Selangor, Tony Pua. "Ia dibuat oleh kami. (Kami meletakkannya) petang ini, " kata Pua kepada Malaysiakini. Tony mempertahankan tindakan tersebut, terutama bagi papan iklan yang memetik ungkapan kontroversi Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos. "Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina. "Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima adun dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua. Papan iklan Jamal itu memaparkan perkataan 'Panggil Cina babi tidak salah' dalam Bahasa Melayu dan Cina. Namun Datuk Jamal Yunos yang juga Ketua UMNO Bahagian Sg Besar menafikan beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu. DAP nampaknya amat terdesak sehinggakan terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk meraih simpati kepada calon PAN yang terang terangan hanyalah boneka DAP

No comments:

Post a Comment