Powered By Blogger

Friday 10 June 2016

KUISAS sebagai universiti awam.

Najib umum KUISAS sebagai universiti awam berkuat kuasa serta-merta Bernama | Kemas kini: Jun 10, 2016 (Diterbitkan pada: Jun 10, 2016 16:03 MYT) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Universiti Sultan Azlan Shah hari ini. -- fotoBERNAMA KUALA KANGSAR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) diberikan status universiti awam penuh, berkuat kuasa serta-merta. Najib yang juga Presiden UMNO mengumumkan perkara berkenaan dalam ucapannya sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid KUISAS di sini. "Bagi kesinambungan bandar Kuala Kangsar yang merupakan bandar pendidikan Melayu tertua di Malaysia, maka sukacita saya umumkan KUISAS sebagai sebuah universiti penuh. "Dengan ini KUISAS akan menerima geran kerajaan pusat berkuat kuasa serta merta," katanya. Sehubungan itu Najib berkata, KUISAS akan menggunakan nama Universiti Azlan Shah Malaysia (USAS) dan akan menerima geran tahunan kerajaan. Beliau bagaimanapun tidak menyebut jumlah geran tahunan berkenaan. Turut menunaikan solat Jumaat bersama Najib ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta empat orang anak-anak calon Barisan Nasional (BN), Wan Emir Astar, Wan Imar, Wan Iskandar dan Wan Amar. Turut sama kira-kira 500 jemaah yang terdiri daripada warga KUISAS dan penduduk setempat. KUISAS mula beroperasi pada tahun 1999 yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan sebelum dinaik taraf menjadi kolej universiti pada 2013. Menaik taraf KUISAS kepada universiti awam merupakan satu daripada lima agenda yang dijanjikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid kepada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Thursday 9 June 2016

DEMI SEBUAH PENGORBANAN

Mastura menjelaskan bahawa beliau bukan calon paksa malah tidak pernah dipaksa dan akan meneruskan perjuangan arwah suamainya untuk membantu penduduk Kuala Kangsar. -

KUALA KANGSAR:  Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid berkata beliau akan memaafkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang menfitnah dirinya dan keluarganya.

Katanya, sebagai manusia biasa sememangnya kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu menguris hatinya dan keluarga tetapi beliau memaafkannya mengaitkan kematian suaminya, penyandang kerusi itu dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lepas sebagai balasan Allah.

“Saya percaya Allah akan menunjukkan kebenaran. Saya tidak akan mengambil tindakan (lanjut) dan saya anggap ini satu perkara yang harus saya maafkan,” kata Mastura dalam satu sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Turut hadir ialah veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Mastura menjelaskan bahawa beliau bukan calon paksa dan akan meneruskan perjuangan arwah suaminya untuk membantu penduduk Kuala Kangsar.

Beliau turut menyifatkan jentera pilihan raya sebagai jentera hebat berpandukan kepada beberapa pilihan raya umum lalu  dan yakin dapat membantu memastikan kemenangan kepada BN.

PRK Kuala Kangsar akan diadakan 18 Jun depan.

Wednesday 8 June 2016

POLITIK MASA KINI... FAKTA ATAU AUTA

» POLITIK » #PRKSgBesar: DAP Mengaku Buat Papan Iklan "Cina Babi" #PRKSgBesar: DAP Mengaku Buat Papan Iklan "Cina Babi" Papan iklan yang menempelak BN dan PAS di Sekinchan telah dibuat dan dinaikkan oleh DAP , akui pengerusi parti itu bagi negeri Selangor, Tony Pua. "Ia dibuat oleh kami. (Kami meletakkannya) petang ini, " kata Pua kepada Malaysiakini. Tony mempertahankan tindakan tersebut, terutama bagi papan iklan yang memetik ungkapan kontroversi Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos. "Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina. "Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima adun dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua. Papan iklan Jamal itu memaparkan perkataan 'Panggil Cina babi tidak salah' dalam Bahasa Melayu dan Cina. Namun Datuk Jamal Yunos yang juga Ketua UMNO Bahagian Sg Besar menafikan beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu. DAP nampaknya amat terdesak sehinggakan terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk meraih simpati kepada calon PAN yang terang terangan hanyalah boneka DAP