TOK SAGOR
Friday, 10 June 2016
KUISAS sebagai universiti awam.
Thursday, 9 June 2016
DEMI SEBUAH PENGORBANAN
Mastura menjelaskan bahawa beliau bukan calon paksa malah tidak pernah dipaksa dan akan meneruskan perjuangan arwah suamainya untuk membantu penduduk Kuala Kangsar. -
KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid berkata beliau akan memaafkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang menfitnah dirinya dan keluarganya.
Katanya, sebagai manusia biasa sememangnya kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu menguris hatinya dan keluarga tetapi beliau memaafkannya mengaitkan kematian suaminya, penyandang kerusi itu dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lepas sebagai balasan Allah.
“Saya percaya Allah akan menunjukkan kebenaran. Saya tidak akan mengambil tindakan (lanjut) dan saya anggap ini satu perkara yang harus saya maafkan,” kata Mastura dalam satu sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Turut hadir ialah veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.
Mastura menjelaskan bahawa beliau bukan calon paksa dan akan meneruskan perjuangan arwah suaminya untuk membantu penduduk Kuala Kangsar.
Beliau turut menyifatkan jentera pilihan raya sebagai jentera hebat berpandukan kepada beberapa pilihan raya umum lalu dan yakin dapat membantu memastikan kemenangan kepada BN.
PRK Kuala Kangsar akan diadakan 18 Jun depan.
Wednesday, 8 June 2016
POLITIK MASA KINI... FAKTA ATAU AUTA
Thursday, 17 July 2014
Dunia terkejut dengan berita pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine KHAMIS, 17 JULAI 2014 23:36
Dunia terkejut dengan berita pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine
KHAMIS, 17 JULAI 2014 23:36
KEMASKINI 5.00 PAGI LAGI GAMBAR DAN VIDEO DI DALAM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di PC di KLIA sebentar tadi kata tiada panggilan kecemasan diterima dari MH17 sebelum terhempas. Juga tak terbang dalam kawasan larangan. Satu pesawat khas Malaysia akan dihantar ke Ukraine.
Pesawat itu akan bawa pasukan penyelamat/perubatan. PM juga dah hubungi Presiden Ukraine.
Najib juga memberitahu beliau menerima panggilan telefon dari pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mahu menubuhkan sebuah pasukan antarabangsa untuk menyiasat tragedi MH17.
Menurut Perdana Menteri sekalipun pihak Ukraine kata pesawat MH17 ditembak namun buat masa ini kita belum dapat pengesahan pasti sebab ia terhempas.-18/7/2014
MENYUSUL LAGI
Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.
17 Julai (Khamis)
* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.
* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)
* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: "Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta."
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.
* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.
* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.
MEDIA Russia dah siar gambar mayat penumpang MH17 bergelimpangan dan serpihan bangkai. PM akan berkejar ke bilik operasi MAS di KLIA.
MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine
Ini berita yang baru diterima dah riuh dikalangan media barat, bahawa pesawat Boeing 777 milik MAS MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Sehingga kini ada dua tiga laporan yang mengelirukan, ada yang kata jatuh, ada yang kata ditembak jatuh.
Yang pasti pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan anak kapal.
Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama 'breaking news' semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.
Sementara itu MAS melalui akuan twitternya mengesahkan sebuah pesawatnya MH17 kali terakhir dapat dihubungi di ruang udara Ukraine.
Laporan media barat memetik sumber industri pulak memberitahu pesawat tersebut terhempas selepas ditembak menggunakan roket dari darat ke udara di wilayah Ukraine yang sedang bergolak.
MENURUT RUSSIATODAY, pesawat penumpang tersebut dijangka memasuki ruang udara Rusia pada pukul 5:20 petang waktu tempatan, tetapi hilang tidak lama kemudian.
Wednesday, 30 April 2014
PILIHANRAYA LAGI LA KITA NAMPAK NYE...
Keputusan PRU13
P.076 Teluk Intan
Jumlah pengundi: 60, 483
Melayu : 38.60%
Cina : 41.93%
India : 19.05%
Lain2: 0.43%
1. Seah Leong Peng (DAP) - 27, 399 undi
2. Dato' Mah Siew Keong (BN) - 20, 086 undi
3. Muraalie Kannan (Bebas) - 279 undi.
*YB Seah Leong Peng (DAP) MENANG MAJORITI - 7, 313
Peratus keluar mengundi: 80.70%
Jumlah keluar mengundi: 48, 839
Undi rosak: 885
Saturday, 26 April 2014
PENYOKONG PAKATAN DESAK OBAMA JUMPA ANWAR!!
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama selamat tiba di Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak petang tadi. Kunjungan rasmi Presiden Amerika menunjukkan hubungan akrab yang terbentuk antara dua negara sekaligus akan meningkatkan lagi ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.
Namun ada berita yang tidak sedap didengar daripada pihak yang masih tidak berpuashati apabila Barrack Obama tidak bercadang berjumpa Anwar Ibrahim. Lalu satu perancangan jahat telah dibuat untuk berdemo dihadapan Kedutaan Amerika pada 1 Mei ini bagi menunjukkan ketidak puasan hati pendokong peliwat Anwar.
Sementara yang lain berhimpun membantah GST, ada juga sebahagian kumpulan yang diarahkan oleh Ketua AMK, Sam Ketot untuk berarak ke Kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan dan desakan agar Obama harus berjumpa Anwar sebelum pulang ke Amerika.
Bodoh! Itulah ayat paling sesuai. Berikan beberapa sebab kenapa Obama nak jumpa Anwar si peliwat? Adakah beliau lawyer? Adakah beliau majistret? Siapa Anwar yang Obama perlu berjumpa?
Buat malu Malaysia je. Yang pelik apabila pencacai tegarnya Sam Ketot terus-terusan mendesak Obama berjumpa Anwar. Apa agenda PKR yang nak disusun bersama Amerika? Nak jatuhkan kerajaan Malaysia?
Fikirkanlah. Negara aman. Hubungan diplomatik antara negara biarlah ketua eksekutif negara yang buat. Tidak perlu campur tangan.
Sam Ketot seharusnya fikirkan bagaimana nak selamatkan Anwar daripada dipenjara lebih 5 tahun atas kes meliwat Saiful.