Dunia terkejut dengan berita pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine
KHAMIS, 17 JULAI 2014 23:36
KEMASKINI 5.00 PAGI LAGI GAMBAR DAN VIDEO DI DALAM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di PC di KLIA sebentar tadi kata tiada panggilan kecemasan diterima dari MH17 sebelum terhempas. Juga tak terbang dalam kawasan larangan. Satu pesawat khas Malaysia akan dihantar ke Ukraine.
Pesawat itu akan bawa pasukan penyelamat/perubatan. PM juga dah hubungi Presiden Ukraine.
Najib juga memberitahu beliau menerima panggilan telefon dari pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mahu menubuhkan sebuah pasukan antarabangsa untuk menyiasat tragedi MH17.
Menurut Perdana Menteri sekalipun pihak Ukraine kata pesawat MH17 ditembak namun buat masa ini kita belum dapat pengesahan pasti sebab ia terhempas.-18/7/2014
MENYUSUL LAGI
Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.
17 Julai (Khamis)
* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.
* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)
* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: "Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta."
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.
* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.
* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.
MEDIA Russia dah siar gambar mayat penumpang MH17 bergelimpangan dan serpihan bangkai. PM akan berkejar ke bilik operasi MAS di KLIA.
MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine
Ini berita yang baru diterima dah riuh dikalangan media barat, bahawa pesawat Boeing 777 milik MAS MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Sehingga kini ada dua tiga laporan yang mengelirukan, ada yang kata jatuh, ada yang kata ditembak jatuh.
Yang pasti pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan anak kapal.
Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama 'breaking news' semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.
Sementara itu MAS melalui akuan twitternya mengesahkan sebuah pesawatnya MH17 kali terakhir dapat dihubungi di ruang udara Ukraine.
Laporan media barat memetik sumber industri pulak memberitahu pesawat tersebut terhempas selepas ditembak menggunakan roket dari darat ke udara di wilayah Ukraine yang sedang bergolak.
MENURUT RUSSIATODAY, pesawat penumpang tersebut dijangka memasuki ruang udara Rusia pada pukul 5:20 petang waktu tempatan, tetapi hilang tidak lama kemudian.